Dilarang merokok dalam kawasan Parlimen mulai hari ini - Utusan Malaysia

Dilarang merokok dalam kawasan Parlimen mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Mulai hari ini, sudut merokok dan tempat makan di dalam bangunan Parlimen diisytihar sebagai kawasan larangan merokok, umum Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata langkah itu dilaksanakan secara serius mengikut peraturan bagi menjadikan keseluruhan kawasan berkenaan sebagai bebas merokok.

“Bagi perokok, mereka perlu merokok di luar bangunan Parlimen itu kerana di dalam bangunan Parlimen tiada lagi kawasan untuk merokok,” katanya kepada media selepas majlis perjumpaan bulan Oktober Kementerian Kesihatan 2018 di sini hari ini. 

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengisytiharkan semua restoran termasuk gerai dan warung di tepi jalan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok mulai 1 Januari 2019. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye sebelum ini dilaporkan berkata setakat ini, larangan itu hanya berkuatkuasa untuk restoran makanan yang berhawa dingin, bangunan kerajaan, taman awam, lif termasuk kenderaan awam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN