Anugerah kerana pangkat, kedudukan bakal jadikan darjah kebesaran tidak bernilai - Utusan Malaysia

Anugerah kerana pangkat, kedudukan bakal jadikan darjah kebesaran tidak bernilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Amalan memberi anugerah darjah kebesaran bersandarkan kepada pangkat dan kedudukan perlu dihentikan bagi mengelak darjah kebesaran tersebut menjadi tidak bernilai.

Koordinator Lawyers for Liberty, Zaid Malek berkata, darjah kebesaran sepatutnya diberikan kepada individu yang telah memberi sumbangan yang amat besar kepada masyarakat.

Katanya, menteri yang masih berkhidmat dan ahli Yang Berhormat yang terpilih menerusi undi, sepatutnya tidak menerima penganugerahan bersandarkan pangkat dan kedudukan mereka.

Sehubungan itu beliau menambah, lima Menteri Kabinet yang menerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa kepada gelaran Datuk Seri Jumaat lalu sepatutnya menolak penganugerahan tersebut kerana mereka masih belum ‘layak’.

“Para menteri ini baru sahaja lima bulan memegang jawatan, satu tempoh yang teramat singkat untuk menilai kejayaan polisi atau tindakan mereka yang membawa perubahan yang besar kepada masyarakat.

“Mereka sepatutnya melakukan perkara yang sebetulnya dengan menolak penerimaan anugerah tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN