JOHOR BAHRU 8 Okt. – Seramai 46 penuntut menerima Sijil Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) bagi sesi Disember 2017 dalam Majlis Apresiasi Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB) di Hotel M. Suites di sini sebentar tadi.
Selain itu 10 penuntut Menerima Anugerah Entrepreneurship Award yang melibatkan Anugerah Usahawan Kampus (Online), Usahawan Kampus (Offline) dan Anugerah Graduan Usahawan.
Turut disampaikan Anugerah Polystar kepada pelajar yang aktif dalam persatuan Polystar Kesukarelawan, Sukan dan Kepimpinan selain empat menerima Anugerah Kecemerlangan Staf.
Majlis Apresiasi itu merupakan penghargaan terhadap prestasi perkhidmatan yang cemerlang dalam memastikan sistem penyampaiannya sentiasa mencapai matlamat dan kualiti ditetapkan
pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mahupun PMJB.
Majlis tersebut dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Governan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohamad Amin Hamat. Yang turut hadir Pengarah PMJB, Azrin Abdul Aziz dan Timbalannya, Dr. Norazlina Ahmad. – UTUSAN ONLINE









