SINGAPURA 5 Okt. – Antara Oktober 2011 dan November 2017, seramai 259 orang maut di seluruh dunia ketika merakam gambar swafoto. Channel News Asia yang memetik satu kajian oleh Institut Sains Perubatan India dan Institut Teknologi melaporkan bahawa jumlah kematian akibat swafoto semakin meningkat beberapa tahun ini. Jumlah kematian tertinggi dicatatkan di India, diikuti Rusia, Amerika Syarikat dan Pakistan. – AGENSI










