KUALA LUMPUR 20 Sept. – Dua lelaki yang video mereka tular berikutan tergamak menangkap dan memasukkan seekor kucing bunting kemudian membiarkannya mati dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri di Taman Gombak Ria minggu lalu, akhirnya didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini, hari ini. A. Mohanraj, 41, dan S. Satthiya, 26, memakai baju T diiringi polis ke Mahkamah Selayang kira-kira pukul 9 pagi tadi, bagaimanapun mengaku tidak bersalah…










