‘Tugas kami untuk bercakap benar’ - Utusan Malaysia

‘Tugas kami untuk bercakap benar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam bertitah bahawa baginda akan bersuara apabila terdapat ‘perkara salah sedang berlaku’.

Kenyataannya baginda itu adalah merujuk kepada dakwaan kerabat diraja Johor yang sedang diintip oleh pihak ter­tentu baru-baru ini.

Tunku Ismail bertitah, jika baginda ahli kerabat Diraja boleh diintip apatah lagi orang awam di Malaysia.

Tunku Mahkota Johor menjelaskan, sebenarnya pemantauan oleh pihak tertentu itu bukan sahaja terhadap butiran yang di­muat naik melalui media sosial tetapi pengintipan itu didakwa dilakukan ke atas tele­fon, e-mel dan alat komunikasi periba­dinya.

“Berdasarkan prinsip, saya tidak pernah mengambil jalan mudah dan saya percaya ia adalah tugas kami untuk bercakap benar tanpa kira kesan serta akibatnya.

“Apa yang penting adalah rak­yat saya, status saya hadir daripada khidmat saya kepada rakyat dan bercakap benar adalah tugas saya,” titah baginda dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya, HRH Crown Prince of Johor semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN