BATU PAHAT – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menghadiahkan sebuah pesawat “Lake Renegade LA-270” kepada Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), tanda sokongan baginda terhadap pembangunan program aeronautik di universiti itu. Dalam titah mengumumkan perkara itu, Sultan Ibrahim menasihatkan agar pesawat jenis Amphibious buatan Amerika itu dijaga dengan baik. “Saya juga amat berbangga kerana UTHM menawarkan program aeronautik yang mempunyai keunikannya tersendiri iaitu dengan menggabungkan aspek teknologi kejuruteraan aeronautik…










