Raja Muda Perlis lawat Kompleks Nasyrul Quran - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis lawat Kompleks Nasyrul Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Sept. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengetuai delegasi Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengadakan lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran di Persint 14 Putrajaya petang semalam.


Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Keberangkatan tiba baginda berdua ke pusat penyalinan semula al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi itu disambut oleh Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latif Mirasa serta para pegawai kanan yayasan tersebut.


Turut hadir mengiringi baginda ialah Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor serta Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran.


Untuk rekod, Nasyrul Quran bermaksud ‘Penyebaran Quran’. Sejak memulakan operasi di kompleks baru ini lima bulan yang lalu, kompleks yang dikendalikan oleh Yayasan Restu yang telah ditubuhkan sebagai sebuah NGO di Pulau Pinang sejak tahun 1988 ini telah menerima kunjungan lebih daripada 40,000 orang tetamu dan pelawat.


Yayasan Restu mempunyai 11 cabang kesenian Islam termasuklah sebuah kolej kesenian Islam yang beroperasi di Shah Alam, Selangor. 


Bagi memastikan kelangsungannya, ia juga kini mempunyai Muzium Al-Quran Mushaf Malaysia, Pusat Kaligrafi Arab dan Jawi, Pusat Penyelidikan Kesenian dan Kraftangan, Pusat Arkitektur dan Rekabentuk Dalaman (ID) Islamik, Penerbitan, Desain dan Pengiklanan, Software dan Multimedia, Kanak-kanak, Galeri dan Pengurusan Acara (Event Management) selain menawarkan pelbagai produk jawi, Al Quran dan juga reka bentuk dalaman (ID). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN