KUALA LUMPUR 12 Sept. – Persefahaman dan kesatuan yang dicapai UMNO dan Pas dalam dua pilihan raya kecil (PRK) amat penting dalam memastikan suara orang Melayu terus terbela. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, nasib orang Melayu ketika ini umpama melukut di tepi gantang kerana mengharapkan pertolongan daripada suara minoriti untuk memperkukuhkan kedudukannya. Tegas beliau, hanya UMNO dan Pas mampu menjadikan suara Melayu kembali kuat seperti sebelum…










