Penahanan enam pegawai imigresen oleh SPRM dengan kerjasama JIM - Utusan Malaysia

Penahanan enam pegawai imigresen oleh SPRM dengan kerjasama JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penahanan enam pegawai imigresen oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam adalah dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menangani isu rasuah dalam kakitangannya secara menyeluruh.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, penahanan tersebut adalah hasil daripada perkongsian maklumat risikan dan aduan bagi menangani isu-isu bolos serta penyeludupan warga asing di pintu masuk negara.

“Jabatan ini turut bekerjasama dan berkongsi maklumat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasaan yang lain bagi membanteras isu tersebut dengan tegas dan tanpa kompromi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan mengambil tindakan dalaman yang tegas termasuk memecat, menggantung atau menurunkan pangkat terhadap pegawai didapati bersalah terlibat dalam aktiviti jenayah rasuah dan salah laku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafar menambah, JIM turut menjalankan beberapa siri tangkapan terhadap pegawai Imigresen dan sindiket yang terbabit dengan jenayah tersebut di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) serta menghadapkan mereka ke mahkamah.

“Pihak JIM sentiasa menerapkan nilai integriti yang tinggi terhadap pegawai dan kakitangan daripada aspek pendidikan selain strategi pencegahan melalui sistem prosedur kerja dengan memperkemaskan sistem dan tatacara kerja sedia ada.

“Kita sentiasa serius dan komited bagi memastikan tahap integriti pegawai berada pada tahap tertinggi dengan menjalankan program pematuhan dan kesedaran memerangi salah guna kuasa selain menjalinkan kerjasama erat dengan agensi lain termasuk SPRM,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini