SANDAKAN 12 Sept – Kerajaan Sabah pimpinan Parti Warisan Sabah tidak menolak kemungkinan individu daripada pembangkang mengatur supaya pendatang tanpa izin berpura-pura meminta bantuan dalam memohon MyKad. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata ini adalah sebahagian daripada taktik kotor pemimpin pembangkang untuk memenangi semula sokongan rakyat oleh sebab mereka ketandusan idea ekoran kekalahan dalam pilihan raya umum yang lepas. “Warisan tidak pernah terlibat dalam membantu pendatang…










