Dewan Negara tolak pemansuhan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 - Utusan Malaysia

Dewan Negara tolak pemansuhan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Dewan Negara hari ini menolak usul pemansuhan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 selepas dibacakan buat kali kedua.

Keputusan menolak pemansuhan rang undang-undang itu dibuat hasil undi belah bagian oleh ahli-ahli Dewan Negara.

Undi belah bagian tersebut menunjukkan 28 ahli Dewan menolak pemansuhannya, manakala hanya 21 yang menyokong dan tiga lagi tidak mengundi.

Undi belah bagian itu diusulkan Senator Khairul Azwan Harun dan perkara itu dipersetujui Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri, S. A Vigneswaran selepas usul berkenaan disokong lebih daripada lapan senator Barisan Nasional (BN). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN