Lama tidak mendengar jenama telefon bimbit, Alcatel. Namun baru-baru ini, syarikat jenama Perancis itu kembali bersaing secara sihat di pasaran apabila muncul dengan telefon bimbit pintar Alcatel 5V pada harga yang amat berpatutan. Kemunculannya yang dilengkapi dengan ciri-ciri mewah serta kelebihan skrin penuh nisbah 19:9 selain penggunaan teknologi yang dikuasakan oleh kepintaran buatan (AI) bagi memberi hasil fotografi yang sempurna. Menurut Pengurus Negara, Alcatel Malaysia, K.L Kong, peranti berkenaan dicipta…










