Wan Maimunah masuk Hospital Alor Gajah akibat asma  - Utusan Malaysia

Wan Maimunah masuk Hospital Alor Gajah akibat asma 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran Wan Maimunah dimasukkan ke Hospital Alor Gajah semalam akibat penyakit asma dan turut disyaki mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Berita itu dimaklumkan pelakon, Jasmin Hamid melalui Instagram miliknya. 

“Marilah kita sama-sama mendoakan untuk kakakku seniwati Wan Maimunah supaya cepat sembuh.

“Saya bertanyakan khabar beliau sendiri dan minta izin untuk khabarkan kepada yang mengenalinya bahawa beliau dimasukkan ke hospital kerana penyakit asma,” tulis Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 45. 

Melalui perkongsian berkenaan juga, Jasmin turut mengharapkan pihak-pihak seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dapat membantu meringankan beban yang dialami dramatis hebat itu. 

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan komen lanjut daripada Wan Maimunah atau nama sebenarnya, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 65, menemui kegagalan kerana nombor telefonnya tidak dapat dihubungi.

Sebelum ini,  Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular enam tahun berturut-turut sejak 1992 itu pernah ditahan di Hospital Jasin, Melaka akibat bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN