Tiada SST bagi perkhidmatan pembinaan, bahan mentah utama - Utusan Malaysia

Tiada SST bagi perkhidmatan pembinaan, bahan mentah utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perkhidmatan pembinaan dan kos binaan akan dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pengecualaian cukai SSt tersebut dijangka dapat mengurangkan tekanan ke atas harga rumah, bangunan industri dan bangunan komersial.

“Kerajaan Persekutuan mengharapkan kos pembinaan akan menjadi lebih rendah susulan daripada pengecualian cukai SST ke atas bahan-bahan mentah utama dan perkhidmatan pembinaan.

“Antara contoh-contoh bahan pembinaan yang tidak dikenakan SST adalah seperti simen, pasir dan besi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Guan Eng, pihak pemaju dan pembeli pasti akan mendapat faedah daripada pengurangan beban cukai tersebut. dengan cadangan pengecualian barang-barang tersebut daripada dikenakan SST dan kaedah implementasi cukai SST yang lebih baik berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST). 

“Di bawah regim cukai barang dan perkhidmatan (GST), bahan-bahan asas seperti batu-bata, simen, pasir dan lain-lain bahan pembinaan dikenakan GST pada kadar enam peratus. Di samping itu, perkhidmatan pembinaan juga turut dikenakan GST.

“Ini telah mengakibatkan kos pembinaan meningkat di bawah era GST, termasuk kenaikan harga rumah,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN