KUALA LUMPUR 12 Ogos – Ingatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menteri-menteri kabinet sensitif dengan isu berkaitan kepentingan Melayu sangat tepat dan wajar.
![]() |
|
REEZAL MERICAN
|
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, ini kerana pada masa sekarang rakyat semakin gelisah ekoran beberapa kenyataan menteri kabinet.
Berikut adalah kenyataan penuh Reezal:
1. Timdakan YAB Perdana Menteri untuk memberikan ingatan kepada semua Ahli Jemaah Menteri supaya lebih sensitif dengan isu MARA dan perkara-perkara berkait kepentingan orang Melayu amat tepat dan wajar .
2. Secara peribadi saya memuji Ingatan Tun Mahathir ini dan menganggap ia tepat pada masa, ketika mana orang Melayu dan rakyat secara keseluruhannya makin gelisah dengan kenyataan dan tindakan kerajaan yang seakan ambil mudah dengan keresahan rakyat.
3. Isu seperti masa depan dan untung nasib MARA ini bukan perkara remeh. Ianya berkait kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. Perkara seperti ini mesti menjadi “teras dan paksi” kepada perjuangan kerajaan.
4. Buku Harapan memberi janji dan komitmen untuk menjaga kepentingan ekonomi Bumiputera. Oleh yang demikian, agenda Bumiputera, melalui MARA wajar menjadi paksi kepada agenda nasional. Meremehkan agenda besar ini akan menimbulkan kerisauan di kalangan rakyat.
5. Ingatan Tun Mahathir ini sangat wajar dan tepat ketika mana kabinet masih lagi tenggelam dengan euforia kemenangan. Mereka terlalu ghairah untuk melakukan perubahan tanpa melihat kepada “isu teras”; dan ini adalah penyakit yang wajar segera ditangani segera YAB Perdana Menteri.











