Penganggur didenda dera anjing sampai mati - Utusan Malaysia

Penganggur didenda dera anjing sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 Ogos – Seorang penganggur berusia 49 tahun dikenakan hukuman denda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan mengabaikan seekor anjing sehingga menyebabkan kematian haiwan berkenaan pada 30 Ogos tahun lalu.

Tertuduh, Chia Tian Song, 49, membuat pengakuan bersalah terhadap dakwaan itu di hadapan Majistret, Nur Sulehan Abd. Rahman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Tian Song sebagai pemilik dengan sewenang-wenangnya dan tanpa sebab telah melakukan tindakan yang menyebabkan kesakitan atau penderaan yang tidak wajar terhadap anjing tersebut.

Sehubungan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (semakan 2006) Akta 647 dan dibaca bersama Akta Binatang (pindaan) 2013 (Akta A1452) dan boleh dihukum bawah Seksyen 44(1) akta yang sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN