Pas akan terus perjuangkan RUU355 - Utusan Malaysia

Pas akan terus perjuangkan RUU355

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 12 Ogos – Kerajaan Pas Kelantan akan terus komited memperjuangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU355) sekalipun Kerajaan Pusat mengenepikan perkara berkenaan.

Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Hassan Mahmood berkata, kerajaan negeri tidak akan berputus asa dan sentiasa berusaha supaya RUU355 dapat diluluskan di Parlimen sekali gus dilaksanakan di negara ini.

“Kerajaan negeri perlu angkat semula rang undang-undang berkenaan kepada kerajaan Persekutuan supaya dapat dibentang semula, diluluskan di Parlimen dan akhirnya dilaksanakan di negara ini.

“Kerajaan negeri sudah ada jawatankuasa teknikal di bawah nama Sekretariat Tetap Hudud Kelantan dan sama ada ia perlu melalui jawatankuasa di peringkat pusat itu terserah kepada kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui media di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa baru-baru ini menyatakan RUU355 bukan keutamaan kerana kerajaan Pusat mahu membangunkan Mahkamah Syariah dan undang-undang Islam di negara ini secara lebih holistik.

Menurut beliau, sehubungan itu jawatankuasa bersama ditubuhkan kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Pas Kelantan dalam membincangkan RUU355 sebelum ini sudah tidak berfungsi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN