KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur tepat pukul 8.50 pagi sambil dikawal ketat pihak berkuasa.
Sejurus tiba beliau yang memakai kot berwarna biru kelihatan tenang ketika berjalan di koridor tingkat dua mahkamah.
Najib juga sempat melemparkan senyuman kepada wartawan apabila pihak media berteriak ‘Datuk Seri senyum Datuk Seri’.
Selain Najib turut hadir ialah dua anaknya, Nooryana Najwa dan Norashman.
Najib, 65, akan didakwa berhubung kes pecah amanah bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), SRC International Sdn. Bhd.
Peguam Negara, Tommy Thomas mengetuai pasukan pendakwa dalam kes itu yang dilantik pada bulan lalu. – K! ONLINE










