Lelaki ditemui meninggal dunia di dalam kereta Toyota Camry - Utusan Malaysia

Lelaki ditemui meninggal dunia di dalam kereta Toyota Camry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang lelaki berusia 59 tahun ditemui meninggal dunia di Jalan Lahat berhampiran Pondok Polis Little India di sini kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.

Mangsa yang berasal dari Taman Gunung View di sini itu ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di dalam kereta jenis Toyota Camry berkunci. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 10.30 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. 

“Tiba di tempat kejadian, mangsa berada dalam keadaan terbaring di kerusi pemandu dan pintu keretanya berkunci. 

“Anggota kemudiannya menghubungi pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Senam untuk bantuan membuka pintu kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Mohd. Ali, selepas anggota bomba memecahkan cermin bahagian kiri hadapan kereta tersebut, pasukan perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. 

“Siasatan mendapati mangsa secara tiba-tiba sakit ketika tiba di tempat kejadian dan memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan meninggal dunia di lokasi sama. 

“Berdasarkan rekod, mangsa baru sahaja menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara dan kematiannya tidak melibatkan unsur-unsur jenayah,” katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN