Putrajaya 12 Ogos- Menjadi antara penyanyi yang cukup disenangi peminat, nama Khai Bahar bukan sahaja popular di negara ini tetapi juga negara jiran.
Mempunyai sikap rendah diri, kata Khai dia tidak pernah melihat tanggungjawab untuk berkomunikasi dengan peminat sebagai satu bebanan.
“Kita perlu buat benda ini mudah, bukan mahu tunjuk saya baik atau apa tetapi saya mahu peminat selesa.
“Jadi memang saya ambil waktu untuk membalas komen dalam Instagram sebab sebagai peminat kita tahu mereka juga perlu perhatian,” katanya ketika di temui pada persenbahan promosi Muzik Muzik 33 di IOI Putrajaya baru- baru ini.
Sementara itu Khai, 24, turut mengakui dalam mengelak salah faham juga dia akan menerangkan setiap komennya dengan jelas.
“Memang antara peminat ada yang sudah berkahwin. Sebab itu dalam setiap komen saya akan jelaskan ini hanya gurauan sahaja tidak ada maksud apa-apa.
“Setakat ini tiada lagi suami kepada peminat yang datang menyerang sebab selalunya mereka ini akan menyertai program bersama sebab tahu ini hanya sebagai hiburan,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE










