Kerajaan akan bawa pulang jet peribadi milik Jho Low - Utusan Malaysia

Kerajaan akan bawa pulang jet peribadi milik Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan akan membawa pulang jet peribadi milik jutawan Low Taek Jho atau Jho Low yang dirampas di Singapura kerana didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr. Mahathir berkata, rundingan untuk membawa pulang pesawat tersebut sedang dijalankan oleh mereka yang terlibat.

“Ya. Saya fikir kita kena bawa pulang (jet peribadi milik Jho Low).

“Ada seseorang sedang melakukan rundingan dan kita sedang berusaha untuk mendapatkan semula wang yang dicuri daripada kita,” katanya selepas menghadiri pameran seni bertajuk Tun M : A Forever Legacy di Universiti Perdana di sini hari ini.

Pada Februari tahun lalu, jet Bombardier Global 5000 yang dikatakan milik Jho Low itu dirampas ketika mendarat di di Lapangan Terbang Seletar Singapura.

Jet itu adalah sebahagian daripada aset yang didakwa diperoleh melalui dana yang diseleweng daripada 1MDB. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN