KUALA LUMPUR 12 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta memgemukakan bukti jika wang bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM19.4 bilion tidak hilang.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, secara realitinya kerajaan Pakatan Harapan kini mengalami kekurangan dana kewangan.
“Itu apa yang Najib cakap dan Lim Guan Eng juga ada cakap. Kalau wang pembayaran balik GST tidak hilang tunjukkan bukti kepada kita di mana wang tersebut,” katanya selepas menghadiri pameran seni bertajuk Tun M : A Forever Legacy di Universiti Perdana di sini hari ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini mendakwa wang bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion telah hilang akibat ‘dirompak’ di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. – UTUSAN ONLINE










