E-Mutiara edar 2,000 jalur gemilang - Utusan Malaysia

E-Mutiara edar 2,000 jalur gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 12 Ogos – Syarikat pengangkutan, Konsutium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) akan mengedarkan sebanyak 2,000 Jalur serta secara percuma kepada penumpangnya serta orang ramaj di Terminal Bas Lembah Sireh di sini sambutan Hari Kebangsaan 2018 hari ini.

Pengerusi Eksekutif E-Mutiara,Che Ibrahim Che Ismail berkata, program julung kali itu bertujuan menyuntik semangat patriotisme yang tinggi khususnya dalam kalangan anak muda untuk mengekalkan keharmonian negara yang dikecapi selama ini.

“Kita mahu menggalakkan orang ramai supaya memasang dan mengibarkan bendera bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan.

“Kita yakin dengan adanya program seperti ini dapat menanam sifat cintakan negara tanpa mengira parti yang memerintah dan kita harus kekalkan semangat patriotik dalam diri masing-masing, “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di sini hari ini.

Kempen tersebut dilancarkan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Ahmad Robert Abd Rahim.

Hampir 300 pekerja E-Mutiara termasuk pelajar dari Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu hadir pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, Che Ibrahim berkata, E-Mutiara menyediakan perkhidmatan bas terbaik dan selesa dengan mencatatkan hampir 80,000 penumpang sebulan . – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN