Calon PT3 maut, motosikal dinaiki bertembung treler - Utusan Malaysia

Calon PT3 maut, motosikal dinaiki bertembung treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU – Seorang calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 2, Jalan Tatau-Bintulu di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.22 malam itu, mangsa, Richard Eli Zi Cheng, 15, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda memasuki laluan bertentangan ketika berada di jalan itu.

“Mangsa yang tidak sempat mengelak kemudiannya bertembung dengan treler yang kebetulan berada di laluan berkenaan.

“Impak kemalangan menyebabkan mangsa tercampak hingga mengalami kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tambah Alexson, pemandu lori dan kelindan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Bintulu untuk tindakan selanjutnya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN