PUTRAJAYA 12 Ogos- Kerajaan hari ini mengumumkan bahan mentah utama dan perkhidmatan pembinaan akan dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
![]() |
|
LIM GUANG ENG
|
Menteri Kewangan, Lim Guang Eng berkata, dengan langkah itu kerajaan berharap kos pembinaan akan menjadi lebih rendah dan memberi manfaat kepada pemaju serta pembeli.
“Tekanan ke atas harga rumah, bangunan industri dan bangunan komersial dijangka akan diringankan dengan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan pengecualian SST.
“Antara contoh-contoh bahan pembinaan yang tidak dikenakan SST adalah seperti simen, pasir dan juga besi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Guan Eng, di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, bahan-bahan asas seperti batu-bata, simen, pasir serta perkhidmatan pembinaan dikenakan GST pada kadar enam peratus.
“Situasi itu telah mengakibatkan kos pembinaan meningkat di bawah era GST, termasuk menyebabkan kenaikan harga rumah,” katanya.
Dalam pada itu katanya, pengecualian SST terhadap bahan mentah utama dan perkhidmatan pembinaan membolehkan pemaju dan juga pembeli mendapat faedah daripada pengurangan beban cukai.-UTUSAN ONLINE











