APMM tahan nelayan Indonesia tangkap ikan di perairan negara - Utusan Malaysia

APMM tahan nelayan Indonesia tangkap ikan di perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Maritim Malaysia (APMM) negeri Perak  menahan sebuah bot nelayan asing bersama empat warga Indonesia kerana menangkap ikan di perairan Malaysia, kira-kira 50 batu nautika dari barat laut Pulau Pangkor, semalam.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata, bot itu dikesan Kapal Maritim (KM) Marlin ketika melakukan rondaan di perairan negeri itu. 

Menurutnya, seorang tekong bersama tiga orang awak-awak warga Indonesia turut ditahan berusia antara 15 hingga 55 tahun.

“Mereka ditahan ketika melakukan aktiviti merawai (menangkap ikan menggunakan rawai) kira-kira 50 batu nautika dari barat laut Pulau Pangkor pada pukul 12.58 tengah hari.

“Kesemua mereka kemudiannya di bawa balik ke Jeti Kampung Acheh untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap di perairan perikanan Malaysia.

“Pihak Maritim Malaysia akan bertindak tegas kepada mana-mana bot nelayan asing yang melakukan pencerobohan di perairan Malaysia untuk menangkap ikan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN