80 peratus pengasuh kanak-kanak tiada kursus pendidikan awal - TPM - Utusan Malaysia

80 peratus pengasuh kanak-kanak tiada kursus pendidikan awal – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 12 Ogos – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kira-kira 80 peratus atau 13,700 orang pengasuh bagi kanak-kanak berusia kosong hingga empat tahun (0-4) di taska tidak memenuhi kelayakan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata (KAP).

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Perdana Menteri berkata, sedangkan sehingga Jun lalu, jumlah pengasuh untuk kanak-kanak berusia 0-4 tahun di Taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah seramai 16,873 orang.

Mengulas lanjut katanya, mengikut unjuran banci Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2010 menganggarkan jumlah kanak-kanak 0-4 tahun pada 2018 adalah seramai 2.3 juta orang.

“Justeru, berdasarkan statistik ini jika kita beranggapan bahawa 50 peratus kanak-kanak di Malaysia yang 0-4 tahun memerlukan taska maka negara memerlukan 38,333 taska bagi menampung jumlah kanak-kanak tersebut.

“Bagaimanapun, statistik pendaftaran taska JKM menunjukkan bilangan taska yang berdaftar adalah sebanyak 4,302 buah sahaja atau 11.22 peratus,” katanya berucap pada sambutan Hari Taska 2018 di sini hari ini.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, isu dasar dan operasi taska akan menentukan kualiti pengasuhan dan didikan awal kanak-kanak yang akhirnya memberi kesan kepada keselamatan kanak-kanak di taska.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN