3,140 anggota polis kawal Sukma 2018 - Utusan Malaysia

3,140 anggota polis kawal Sukma 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM 12 Ogos – Sebanyak 3,140 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan sepanjang Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak yang akan berlangsung dari 12 hingga 22 September ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, persiapan melibatkan aspek keselamatan dan kawalan trafik itu bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berikutan temasya sukan itu turut disertai oleh 15 kontinjen dari seluruh negara termasuk Brunei.

Beliau berkata, pihaknya sedia menambah kekuatan pasukan sekiranya terdapat keperluan mendesak dengan bantuan dari Bukit Aman bagi membantu penugasan sepanjang tempoh kira-kira dua minggu tersebut.

“Saya jangka segala persiapan termasuk perasmian dan penutup akan kita kawal rapi dengan harapan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang Sukma ini berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis perbarisan tamat latihan dan penyampaian sijil pelantikan pegawai Kor Suksis universiti awam kali ke-14 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Tajuddin Md Isa; Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan dan Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Sebanyak 26 jenis sukan dengan 369 acara bakal dipertandingkan pada Sukma kali ini dengan julung kalinya membabitkan pelbagai lokasi di 12 buah daerah di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN