Warga sekolah teruja 
dapat dewan tambahan - Utusan Malaysia

Warga sekolah teruja 
dapat dewan tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEMBIRA. Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Mohamad Saman, Alor Setar, Kedah teruja selepas sebuah dewan tambahan baharu di sekolah itu telah siap dibina baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah, Halimaton Shaadiah Saad telah dijemput untuk merasmikannya.

Ujarnya, dewan yang diberi nama Sayyidina Ummar Al-Khatab didirikan dengan kerjasama dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Pendidikan negeri.

Guru Besar SK Datuk Wan Mohamad Saman, Faridah Salleh berkata, dewan itu akan digunakan untuk menjalankan pelbagai aktiviti semasa selain dijadikan lokasi pelajar menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×