SHAH ALAM 8 Julai – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri bersama rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri menghadiri program itu yang berlangsung di Stadium Jabatan Kerja Raya (JKR) di Seksyen 17, di sini yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua PPBM Bahagian Shah Alam, Hamidi Abu Bakar serta kira-kira 1,000 hadirin.
Sementara itu, Wan Azizah ketika berucap dalam program berkenaan menyarankan supaya rakyat memastikan tidak membazir terutamanya dalam mengadakan rumah terbuka serta mana-mana sambutan perayaaan.
“Kita mesti fikir mengenai budaya tidak membazir. Bulan Ramadan lalu kita menyaksikan banyak makanan tidak disentuh dan dibazirkan.
“Budaya membazir merugikan. Sepatutnya makanan berlebihan yang tidak dimakan itu boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan,”ujarnya. – UTUSAN ONLINE










