Tengku Abdullah alu-alukan keputusan kaji semula kos ECRL - Utusan Malaysia

Tengku Abdullah alu-alukan keputusan kaji semula kos ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengalu-alukan keputusan kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula kos laluan kereta api Pantai Timur (ECRL) yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

Pelaksanaan projek berimpak tinggi seumpama ini bukan sahaja dapat meningkatkan hasil negeri malah, turut berupaya mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada rakyat.

Titah baginda, peningkatan pelaburan dalam projek-projek berimpak tinggi misalnya ECRL dan Taman Industri Malaysia-China mampu menawarkan lebih 4,000 peluang pekerjaan disamping menjana lebih banyak kawasan pertumbuhan ekonomi.

“Pembinaan ECRL akan meningkatkan hubungan kawasan-kawasan ekonomi dan perindustrian dari Perlabuhan Kuantan hingga ke Tumpat, Kelantan dan Pelabuhan Klang di Pantai Barat.

“Sehubungan itu, saya mengalu-alukan keputusan kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula kos laluan kereta api ini malah,  bagi merancakkan lagi pelaburan kerajaan negeri juga perlu membangunkan infrastruktur negeri dan bersikap proaktif dalam menggalakkan pelaburan swasta,” titah baginda pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Negeri di sini hari ini. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN