KUALA LUMPUR 8 Julai – Polis akan memohon untuk menyambung reman terhadap pengasuh kepada bayi lelaki Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif yang ditahan selepas mangsa ditemukan maut di rumah wanita itu di Kampung Nakhoda, Batu Caves dekat sini khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, tempoh reman kedua-dua suspek yang ditahan akan tamat pada selasa ini namun permohonan untuk menyambung reman terhadap mereka akan dibuat.
Ujarnya, proses melengkapkan siasatan sedang berjalan dan sebarang keputusan hanya boleh dilakukan setelah semuanya selesai.-UTUSAN ONLINE










