Pinjaman Yen Jepun akan kurangkan kos hutang negara - Dr. M - Utusan Malaysia

Pinjaman Yen Jepun akan kurangkan kos hutang negara – Dr. M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Kerajaan mempertimbangkan untuk mendapatkan pinjaman dari Jepun bagi mengurangkan kos kewangan yang melonjak akibat hutang negara sebelum ini yang dikatakan terlalu tinggi.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sebelum ini memperoleh 90 peratus daripada wang hutang tetapi membayar semula faedah pada kadar 100 peratus.

Jelasnya, nilai yen adalah lebih murah daripada ringgit di mana  satu yen bernilai AS$0.01 manakala RM1 bersamaan dengan AS$0.25.

“Nilai yen yang rendah tak bermakna hutang lebih murah, kita akan pinjam nilai AS$ hutang dahulu, yen akan ditukar kepada AS$ untuk bayaran hutang dalam dolar AS atau ringgit.

“Suatu ketika dahulu, kerajaan Malaysia menerima soft loan daripada Jepun dengan kadar faedah 0.7 peratus dan tempoh bayaran balik selama 40 tahun. Kita tidak tahu sama ada kerajaan Jepun boleh beri kadar serendah itu lagi.

“Tetapi bayar kadar faedah rendah bermakna tak lagi beban dengan kadar faedah yang tinggi iaitu enam peratus yang asal. Kita masih berhutang tapi kos hutang turun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) yang meminta rasional kerajaan meminjam wang dari Jepun dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN