Operasi pemadaman kebakaran Kemaman Bitumen Company ditamatkan - Utusan Malaysia

Operasi pemadaman kebakaran Kemaman Bitumen Company ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Setelah bertungkus lumus lebih 48 jam, akhirnya operasi pemadaman kebakaran tiga tangki minyak mentah Kemaman Bitumen Company (KBC) sejak petang Khamis lepas ditamatkan pada pukul 1 petang tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Sharikan Bustaman berkata, pihaknya berjaya memadam keseluruhan kebakaran dalam tempoh lebih 48 jam dan pada hari ini hanya kerja-kerja pembersihan dan pengemasan peralatan yang dijalankan.

“Selepas beroperasi lebih daripada 48 jam… Alhamdulilah hari ini kita menyaksikan tiada lagi wujudnya punca-punca yang akan berlakunya kebakaran.

“Bagi tangki yang tidak terbakar, kami telah pastikan tangki tersebut kembali pada suhu normal,” katanya ketika ditemui pemberita di kawasan perindustrian KBC, Telok Kalong di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua anggota bomba yang terlibat sepanjang operasi pemadaman telah diarahkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan kesemua mereka tidak mengalami sebarang masalah sampingan kesan daripada operasi berkenaan kerana ia melibatkan bahan kimia berbahaya.

Tambahnya esok bomba termasuk pasukan daripada Putrajaya akan mula menjalankan penyiasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN