LONDON 23 Julai – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho memberi amaran agar Anthony Martial tidak sewenang-wenangnya membuat tindakan sendiri dalam kehidupan.
Martial dikaitkan dengan perpindahan selepas ejennya pada bulan lalu mendedahkan pemain berusia 22 tahun itu bersedia meninggalkan Old Traffod dalam usaha mencari peluang lain.
Penyerang Perancis itu dikatakan kecewa menjelang penutupan musim 2017-18 selepas gagal mendapat tempat terutama selepas ketibaan Alexis Sanchez pada Januari lalu.
Bekas pemain Monaco tersebut memulakan aksi semalam dengan terikat 1-1 bersama America dan Martial juga tersenarai pada saingan semalam, yang menyaksikan Manchester United mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang San Jose Earthquakes di Santa Clara, California.
“Saya suka berada di Los Angeleas sekarang dan kini saya di San Jose. Anda tidak boleh membuat sesuka hati dalam kehidupan anda.
“Saya kini gembira berada di Los Angeles, untuk menjalani sesi latihan di Los Angeles dan bermain dalam kesemua lima perlawanan di Los Angeles, dan kemudian anda jangan ubah perjalanan, jangan ubah penginapan, balik semula ke Manchester.
“Saya suka beraksi menentang Leicester pada Ahad ini, namun saya perlu bermain pada Jumaat, jadi anda tidak boleh selalu membuat sesuatu perkara sesuka hati,” ujar Mourinho.
Pengendali skuad Red Devils itu berkata demikian selepas pasukannya mencatat keputusan seri buat kali kedua dalam aksi pra-musim di Amerika Syarikat.- AGENSI










