KUALA TERENGGANU 8 Julai- Korobori Pengakap Kebangsaan 2018 yang menghimpunkan kira-kira 7,000 pengakap kanak-kanak seluruh negara disempurnakan perasmiannya oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di sini hari ini. Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya serta Pegawai Kewangan negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim. Yang turut hadir, Ahli Pangkuan Diraja Terengganu; barisan Exco…










