KUALA LUMPUR 22 Julai – Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengadakan promosi sempena Merdeka dan rebat cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan diskaun sehingga RM15,100 bagi Triton, Outlander dan ASX.
Menurut pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia itu, tawaran istimewa tersebut sah buat pelanggan yang menempah dan mendaftar sebuah kenderaan terpilih itu sebelum penghujung Ogos tidak lama lagi.
“Promosi ini melibatkan semua model Triton iaitu Triton Athlete, Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium, Triton VGT AT GL, Triton VGT MT, Triton MT dan Triton Quest,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Triton Athlete mendapat diskaun sebanyak RM15,100, Triton VGT Adventure X (RM15,100), Triton VGT AT Premium (RM14,500), Triton VGT AT GL (RM13,800), Triton VGT MT (RM14,000), Triton MT (RM13,200) dan Triton Quest (RM8,300).
Selain itu jelas syarikat tersebut, Mitsubishi Outlander 2.0 liter dan Outlander 2.4 liter pula masing-masing ditawarkan dengan diskaun RM11,800 dan RM12,700 sepanjang promosi berkenaan berlangsung.
“Mitsubishi Outlander yang terjual dengan pantas selain stoknya yang terhad kini ditawarkan pada harga RM132,108 sebuah bagi Outlander 2.0 liter dan RM146,276 bagi Outlander 2.4 liter,” tambah syarikat itu.
MMM memberitahu, Mitsubishi ASX 2WD menerima rebat bernilai RM14,700 menjadikan harga jualannya ketika ini RM112,399, sementara ASX 4WD pula RM15,500 sekali gus menjadikan harga jualannya hanya RM126,739.
Tambah syarikat tersebut, pemilik Mitsubishi yang mendapatkan perkhidmatan di pusat servis sah Mitsubihi akan menerima Thermos eksklusif apabila berbelanja minimum RM400 antara 10 Ogos hingga 22 September.










