Calon Speaker Dewan Rakyat sudah dimuktamadkan  - Utusan Malaysia

Calon Speaker Dewan Rakyat sudah dimuktamadkan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) sudah memuktamadkan calon Speaker Dewan Rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengumumkan nama Speaker Dewan Rakyat berkenaan sama ada hari ini atau esok. 

“Semalam kita (PH) mengadakan mesyuarat dan hanya ada satu calon,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini. 

Parlimen akan bersidang buat kali pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Isnin depan (16 Julai). 

Antara nama yang disebut sebagai calon Speaker Dewan Rakyat sebelum ini ialah bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Turut dispekulasikan sebagai calon ialah veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN