KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bersetuju dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Umno dan Pas seperti dua beradik.
Memetik laporan portal FMT, Annuar turut menambah bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah) juga adik-beradik UMNO.
Tambah Annuar, ia adalah satu perkara yang baik serta mengakui bahawa Pas dan partinya berasal dari dasar dan parti yang sama.
“Betul. Saya setuju cumanya saya nak kata Umno bukan sahaja dua beradik dengan Pas, tetapi kita ada lima beradik. Ini termasuk Bersatu, PKR dan Amanah.
“Semuanya berasal dari Umno. Kalau Dr. Mahathir kata dua beradik, kita sebenarnya ada lima beradik. Tak ada masalah,” katanya seperti yang dipetik FMT kelmarin.











