Wujud pusat arahan canggih untuk pengurusan bencana - Utusan Malaysia

Wujud pusat arahan canggih untuk pengurusan bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jun – Kerajaan bercadang mewujudkan sebuah pusat arahan yang canggih bertujuan menyelaras semua bentuk saluran bantuan semasa berlaku sesuatu bencana.

Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pusat berkenaan akan dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

“Kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi semua kemungkinan. Untuk maju ke hadapan, saya berharap dapat melihat NADMA mengetuai pengurusan bencana dengan mempunyai pusat arahan yang canggih,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Wan Azizah menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Mesyuarat Berkaitan ke-32 yang dihadiri 84 wakil dari negara-negara anggota ASEAN dan beberapa pertubuhan dari Australia, Kanada, China dan New Zealand.

Beliau memberitahu pemberita perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat cadangan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini