Tok Gajah pilih laluan berliku - Utusan Malaysia

Tok Gajah pilih laluan berliku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 23 Jun – Juara dua kali, Pahang memilih laluan berliku untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala FA apabila sekadar seri 1-1 dengan pasukan berstatus kelab, PKNP FC dalam separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.

Skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim mengejutkan tuan rumah apabila terlebih dahulu membolosi gawang pada minit ke-13 menerusi jaringan Ahmad Sukri Ab. Hamid.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah memperkemaskan rentak permainan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-23 menerusi jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Pada babak kedua, Pahang lebih mendominasi perlawanan dengan melakukan asakan bertali arus ke kubu lawan, namun usaha Tok Gajah untuk gagal mencari gol kemenangan sehingga wisel penamat ditiup pengadil, Zulkarnain Zakaria.

Kedua-dua pasukan akan berentap sekali lagi dalam separuh akhir kedua pada 1 Julai ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN