TOKYO – Seramai tiga orang disahkan terbunuh termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun dan lebih 10 lagi cedera selepas satu gempa bumi kuat berlaku di wilayah Osaka, barat Jepun pagi ini, lapor agensi berita China Xinhua. Menteri Pengurusan Bencana Jepun, Hachiro Okonogi berkata, terdapat sejumlah orang ditimbus oleh runtuhan bangunan yang runtuh menyebabkan pegawai-pegawai penyelamat tempatan berusaha untuk menyelamatkan mereka. Menurut media tempatan, beberapa laporan mengenai kebakaran dan paip…










