Suami isteri maut motosikal bertembung kereta - Utusan Malaysia

Suami isteri maut motosikal bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 26 Jun – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta berhampiran lampu isyarat Kampung Baru, jalan Ayer Itam, di sini, kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Mereka dikenali sebagai Mohammed Nawab Mat Kharsa dan Mahamoodah Bee Ibramsah yang kedua-duanya berusia 53 tahun.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, ketika kejadian, pasangan terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Farlim menuju ke Hospital Pulau Pinang.

“Apabila sampai di lampu isyarat Kampung Baru, mangsa secara tiba-tiba membelok ke kiri dan membuat pusingan U untuk menghala ke arah pusat bandar.

“Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki gagal mengelak lalu melanggar mereka di bahagian kiri motosikal mengakibatkan pasangan itu maut di tempat kejadian”, katanya di sini, hari ini.

Anuar menambah, ketika ini, bedah siasat ke atas kedua-dua mayat itu sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ1987). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN