MAINAN warna terang dan pastel dengan pelbagai motif klasik dan moden bersama gabungan kain polos menjadi taruhan Deir menjelang Aidilfitri ini. Tampil dengan rekaan baju kurung moden, kesemua sembilan koleksi kali ini dihasilkan daripada fabrik broked, renda, dan sifon. Menurut salah seorang pemilik butik, Diana Abd. Manaf, jenama tersebut terkenal dengan signatur jahitan bulu burung unta. Dijahit pada bahagian lengan, ia menjadikan setiap rekaan nampak elegan serta klasik dengan sentuhan…










