UNIVERSITI Limkokwing menawarkan biasiswa RM30 juta kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berpotensi dan berbakat untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi swasta itu. Naib Presidennya, Datuk Raja Aznil Raja Hisham berkata, langkah itu diambil bagi menggalakkan ramai pelajar bumiputera menyambung pengajian di universiti kreatif tersebut. Menurut beliau, bakat dan kemahiran yang ada pada pelajar perlu digilap dan dibangunkan secara holistik supaya negara dapat menyediakan modal insan yang berketerampilan,…










