IPOH – Para peniaga diberi tempoh masa selama sebulan sehingga 30 Jun depan bagi mengemaskini tanda harga berdasarkan kadar Cukai Barangan dan Jualan (GST) pada kadar sifar peratus. Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNKK Perak, Shamsul Nizam Khalil berkata, pihaknya akan melakukan Ops Catut 4.0 secara besar-besaran di seluruh negeri bagi memastikan para peniaga mematuhi penetapan GST pada sifar peratus tersebut dilaksanakan. “Menjadi tanggungjawab peniaga untuk memastikan harga akhir yang dibayar…










