Melaka gagal sekat kebangkitan 'The City Boys' - Utusan Malaysia

Melaka gagal sekat kebangkitan ‘The City Boys’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Tuan rumah, Melaka United gagal mengulangi kemenangan empat hari lalu apabila ditewaskan lawan sama Kuala Lumpur 4-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat malam tadi. 

Dalam perlawanan seimbang itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tuan rumah berjaya memperoleh gol pertama menerusi penyerang import, Ifedayo Omosuyi pada minit ke-5.

Bagaimanapun pada minit ke-30, pemain berpengalaman, Indra Putra Mahyuddin menyamakan kedudukan sebelum Ifedayo kembali meletakkan Melaka di depan pada minit ke-41 untuk mendahului 2-1 hingga tamat separuh masa pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bersambung babak kedua, kelemahan benteng pertahanan  Sang Kancil jelas dihukum pasukan pelawat apabila dimanfaatkan ‘The City Boys’ untuk meraih gol penyamaan menerusi Zaquan Adha pada minit ke-55 sebelum Guilherme De Paula menyempurnakan tendangan penalti pada minit-63.

Kuala Lumpur yang mendahului di separuh masa kedua terpaksa bermain sepuluh orang apabila Zhafri Yahya pada minit ke-69 selepas mengasari S. Chanturu.

Meskipun beraksi dengan sepuluh orang, Kuala Lumpur terus garang apabila melebarkan jurang menerusi Indra Putra yang menyumbat gol keduanya pada minit ke-82 untuk kemenangan pasukan dan meraih tiga mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini