KLANG – Akibat cemburu, seorang mekanik kereta bertindak membakar teman wanitanya hidup-hidup dalam kejadian di rumahnya di Andalas di sini semalam. Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa berusia 24 tahun dan bekerja sendiri itu dipercayai terbakar 60 peratus di seluruh badannya. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa terlebih dahulu dipukul di bahagian badan menggunakan getah paip oleh suspek. “Suspek kemudiannya bertindak menyimbah petrol dan…










