Lelaki, kanak-kanak maut dihempap pokok - Utusan Malaysia

Lelaki, kanak-kanak maut dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK – Seorang lelaki warga Myammar dan kanak-kanak berumur tiga tahun maut selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di Pantai Irama, di sini semalam. 

Dalam kejadian pada pukul 7.23 petang, mangsa dikenali sebagai Norjim Nurul Amin, 24 dan Ibrahim Budi Alam meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Azmi Mokhtar berkata, kedua-dua mangsa yang merupakan saudara berkelah dan menyertai hari keluarga di pantai berkenaan. 

“Kedua-dua mangsa tinggal di Kampung Babong, Kedai Lalat, Kota Bharu. Mereka dihempap sebatang pokok rhu yang tumbang ketika ribut di pantai berkenaan. 

“Mereka gagal menyelamatkan diri apabila sebatang pokok tumbang dalam sekelip mata,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala kanak-kanak itu sempat dibawa ke Klinik Kesihatan Bachok sebelum disahkan meninggal dunia.

Azmi berkata, lelaki warga Myammar itu bekerja sebagai pengumpul besi buruk. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN